@Rehab Hospital Serdang


Assalamualaikum.......
Alhamdulillah....hari ni temujanji aish kat Hospital Serdang ada 3, pukul 8.30 kat physio, pukul 9.30 kat rehab peadiatrik dan last kat ot sambung buat kasut yang sebelah kanan pula sebab hari tu just sempat buat untuk kaki sebelah kiri.
je. Doktor kat physio banyak tekankanbahagian belakang dan kaki kanan aish sebabnya kalau dibiarkan akan jadi lebih teruk lagi. Ya Allah.....aku memang dah lama dah risau tentang belakang dan juga kakai kanan aish ni sebab tu aku dan Mr. Hubby usahakan juga agar dapat transfer tempat physio kat Serdang.
Selain tu aku berharap sangat dapat bawa aish buat physio kat Great Life dan banyak tempat lagi sebenarnya yang aku sendiri baru je dapat tau. Rasa menyesal tuhan saja yan tahu...tapi tu semua dah tak guna. Apa yang penting sekarang sebelum lebih terlambat aku dan mr huby akan usahakan sedaya upaya untuk bawa aish ke tempat yang ada dalam direktori Supermum & Superdad.....bersyukur sangat dapat jumpa dan join SuperMum & SuperDad walaupun agak terlambat sebab kat sini ada banyak sangat info yang amat berguna kepada parents yang mempunyai anak syurga sepertiku.
Ya Allah Kau bukakanlah pintu rezeki kami seluas-luasnya dan Kau permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anak kami....ameenn.....

Untuk seimbangkan semula belakang aish

Air Splint untuk kuatkan otot kaki (doktor suggest beli utk aish)



Next appointment 14 Sept, 2012 @ physio & Ot
29 Okt, 2012 @ Peads


Salam Ramadhan


Assalamualaikum.....Selamat menunaikan ibadah puasa kuucapkan kepada seluruh umat Islam. Syukur alhamdulillah kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan 1433 Hijrah ini. Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kutempuhi dengan sempurna dan semoga kita semua diberikan kesihatan serta kekuatan diri untuk memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh rahmat ini.




Salam Ramadhan

wordless wednesday

Assalamualaikum.....

Tiada kata yang dapat daku ucapkan apabila melihat little angelku ini....
i luv u with all my heart...



Mr Hubby Birthday


Assalamualaikum....

Hari ni 17 Julai, 2012 adalah hari lahir my hubby, kami jarang nak celebrate bepdey ni, bukan tak appreciate tapi mr hubby yang tak nak katanya dah tua...tak sessuaii....Tapi my sis yang duk kat Damansara tu datang rumah semalam siap beli kes kek lagi, maklumlah adik ipar kesayanganlah katakan (my sis yang sorang ni memang orang yang paling suka dan paling ingat bepdey kitorang dari dulu lagi) yang best partnye kek tu share dengan my niece n her mom (my sis) coz bepdey diorang pun on July juga hehehee......mr hubbyku on 17 July, ica my sweet niece on 18 July and my sis(yg buat mastec haritu alkisahnya kat sini) on 6 July so sekali harunglah semua......huhuuu


Happy Birthday to my beloved hubby, to my sis and my niece wish uols 
are always in a healthy, enjoy a long life and happier in this world and hereafter
Aminn.........Tq Allah

DIY Blanket For Aish

Salam...kali ni nak share my little touch d.i.y blanket utk my angle aish, blue colour. Simple n easy jer nak buatnya, dah lama beli tapi baru dapat siapkan last week. Nasib baik sempat siap sebelum hantar aish balik kampung hihi..puashati rasanya walaupun fabric murah jer...coz i'm sewing with all my heart....

Cuma perlukan Fabric Blanket 60 x 42"
1. Bahagian tepi kiri & kanan just jahit tepi jer
2. Bahagian atas & bawah : lipat dua kali dan jahit mengikut corak pilihan



Kain panas Aish Done...yeayy...............

Malang itu tidak berbau

Assalamualaikum....
Hari ini banyak sangat dugaan....aku kantoi test JPJ part2 (atas bukit) uwaaa....aku punyalah risau tak lulus yang part3 (jalan raya) nasib baik lulus pula. Itulah malangnya kantoi kat atas bukit yang aku kompiden gile boleh lepas tu hahaha (gelak kat diri sendri). So..terpaksalah aku jumpa pak JPJ sekali lagi @20hb julai, lagi sehari nak puasa tu. (Moral : len kali jangan nak over kompiden sangat okeh)
     Malamnya pula, WDJ3572 kami telah mencium bumper belakang toyota camry yang memang sangatlah tough, just calar siket jer. Tapi si WDJ3572 agak malang, bonet depan remuk, lampu kanan pecah, radiator pecah maka toink toinklah jawabnya huwaaaa....Alkisahnya camry tu tetibe jer benti kat tengah jalan dan mr hubby aku plak yang memang sangatlah suka follow kete depan rapat2 memang tak sempatlah nak break kan. Apa lagi...gedeganglah. Owner camry tu ngaku memang dia salah coz benti tengah jalan, katanya gear box rosak dan mr hubby aku pun salah juga coz follow dekat sangat.(tapi tak nak ngaku..cehhh)

Macamana nak bawa Aish gi hospital?sob..sob..


Weekend with Aish

Salam....30hb Jun (Sabtu) ari tu aku n Mr Huby balik kampung dan esoknya sempat bawa aish gi Darussyifa Sg Besar. First kene daftar dulu, kene beli air Darussyifa.Then tunggu turn untuk buat rawatan. Bawa air sendiri pun boleh jer tapi tak boleh guna air yang dimasak, hanya boleh guna air mineral, air zamzam atau air kat Darussyifa jer. Air kat Darussyifa just rm3 jer untuk 1.5 liter n rm8 untuk 5liter. Air tu akan di"Ruqyah"kan (dibacakan doa dan ayat-ayat al-Quran). Cara amalkan diberitahu semasa rawatan. Semoga cara ini juga akan dapat membantu menyembuhkan aish, kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kene doa dan berserah pada Allah yang maha berkuasa....
Lepas tu terus singgah kat Nisa Briyani King Sg Besar yang memang sangatlah sodap sampai buat aku off my diet u olls huwaaa...sebab tempatnya sebelah jer dengan Darussyifa tu so...haruslah kene singgah kan. 

 


Nasi Beriyani Gam Ayam RM8
Nasi Beriani Gam Daging RM9
Mood Aish : Ari ni aish suka suka sangat2