Kek Buah Tanpa Telor (bakar)

Assalamualaikum...



Akhirnyaa.....terhasil juga kek buah yang dah sekian lama nak dibuat tapi tak buat buat juga..buat kek ni pun dah 3 hari lepas tapi baru sekarang nak menghapdet hehee...alhamdulillah yang bestnya walaupun first time buat kek buah ni tapi tetap menjadi, sedap super duper (penggemar kek buahla katakan)..yummy...semua orang puji uolls...tapi sebenarnya kek yang sedap ni pun sebab resepi yang sedap juga kan, mana lagi datangnya resepi kalau tak dari DapurKu Sayang terima kasih TQVM yer Sis DayangJack, lepas ni kompem kujadikan resepi rujukan setiap kali buat kek buah..Resepinya boleh semak kat bawah okeh..


Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren

Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup (aku guna susu pekat je)
  • Badam cincang (opt)
Cara-cara :
* Satukan semua bahan B kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati lepas tu tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman
* Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
* Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
* Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
* Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
* Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
* Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

Puding Roti Lagi


Assalamualaikum....

Tak ada apa sangat pun nak dicoret kali ni sebenarnya...sekarang ni alhamdulillah dah mula  buat bisnes sikit dan sambutan pun amat memberangsangkan. Kawan-kawan banyak bagi sokongan..so sekarang ni memang agak bizi membaking coz tiap hari ada tempahan, syukur alhamdulillah.
Malam tadi lepas menyiapkan tempahan sempatla buat puding roti sikit, tengok roti pun dah nak ekspayet so kalau dibuat puding best juga kan...resepi sama dan boleh tengok kat SINI okehh...

Gadget Baru

Assalamualaikum..

Wahh....gadget baru!apa ek?


Hahahaa......ingatkan iphone5 ke ape ker....
Apa pun tqvm to my beloved hubby coz belikan stand mixer ni untukku..luv u muchh much....sejak dah berjinak jinak dgn dunia kek ni macam2 je rasa yang nak dibeli..dulu ku sibuk beli kain, benang zip dan segala bagai keperluan jahitan, tapi nampaknya sekarang ni cintaku telah pun beralih arah...cintaku telah berpaling tadah kepada bidang baking membaking huhuu...maafkan ku wahai mesin jahitku kerana sudah lama tidak meluangkan masa untukmu...
Mungkin bidang baking membaking ni lebih dekat dan lebih kucintai coz memang sejak dulu lagi ku memang suka sangat masak, sejak dulu lagi selalu tolong mak buat macam2 kuih dan biskut...cuma sekarang ni cinta terhadap pembuatan kek semakin membuak buak...ecehcewah....dan inn Sha Allah ku berangan untuk menceburi perniagaan bermula dari bawah dulu...bukan angan2 mat jenin tau...doakan aku okeh...
Ku berharap agar pilihan yang kupilih kali ini akan membawa kejayaan dalam hidupku dan keluargaku terutamanya mychintaqaseh intan payungku anak istimewaku...

I City lagi lagi

Assalamualaikum...

Malam tadi kisahnye bawa my sis yang datang bercuti dari Kunak pi jalan2 kat I City. Pandai kan kakak ku yang sorang ni, malam yang dia anak beranak sampai sini tu adalah malam bermulanya tragedi tembak menembak kat Lahad Dato tu, mungkin ada hikmahnye juga diorang datang sini. ku pun tak tau nak bawa pi mana malam2 ni, i city la kot yang best dan cantik untuk amik gambo...huhuu....tapi aku takde pun beriya nak snap gambo, kakak n anak dia si Rayna jerlah....tapi dah lama tak pi icity banyak gak yang bertambah yer...dah ada banyak kiosk jual2 benda macam2...dah ada roda dunia huhuu kat kpg akuler panggil roda dunia...dan ada banyak lagilah.. Tapi sayang gak coz ku tak amik pun gambo semua tu...takpe next time pi ku amik gambo yer....bleh gak tepek kat sini yer...ada pun sempat amik gambo syok sendiri haha....ini semua poyos....layannn....


@Warung William

Assalamualaikum....

     Finaly...sampai juga ke Warung William ni. Ramai yang dah pernah makan kat tempat ni sebab ramai yang cakap makan kat sini best. Aku pula teringin nak makan kat sini lepas baca novel Baju Pengantin Mak Andam by Areila Sahimi hahaa....kuat betul pengaruh incik suami ku kata...
     Kitaorang (me, incik suami, aish, adam, my SIL & bakal beras) pegi warung william ni semalam aku yang ajak makan kat sini tapi bakal beras aku yang belanja (bakal okeh) bagus bakal biras aku ni hee btw tqvm okeh aku doakan korang bahagia okeh...Tapi tak sempat nak snap semua menu sebab dah tak sabo nak makan ish ish ish....ni jelah pic yang sempat ku snap....layannn


Myfavorito Nasi Goreng Ketam


Wintermelon


Soda Mint

Chocolate Crazy Moist

Assalamualaikum dan salam sejahtera...syukur alhamdulillah berkat dorongan incik suami dan juga sahabat, aku dah mula buat bisnes kecik2, aku start buat bisnes homemade cake. Sebagai permulaan aku just ambil tempahan untuk buat chocolate moist cake dulu...in sha Allah lepas ni tempahan untuk kek, cup cake dan tart juga akan dibuka dalam masa terdekat..harap2 akan mendapat sambutan yg menggalakkan. So sesiapa yang suka makan kek coklat moist tapi malas or takde masa nak buat, bolehlah sms atau hubungi Nor di no 0172406587 atau bleh wassap 01121284483 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan okeh...Chocolate Moist Cake yang ini memang crazy moist tau rugi tak cuba dijamin puas hati...pelbagai lagi saiz dan harga akan diupload kemudian. Oh  yer..untuk   bisnes kek aku yang tak seberapa ni boleh singgah ke blog baru aku yer SweetManisCakes