ChintaQasehku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah....aku bersyukur dan rasa bertuah sangat kerana terpilih untuk menerima anugerah teristimewa ini. 25hb Ogos 2006 anak syurga ini lahir ke dunia dan aku menerimanya dengan sepenuh hati dan aku redha. Bukan semua di antara kita menerima anugerah ini kan..kan...anak syurga ini kami namakan Mohamad Fariz Haiqal, nama anje aish manja sangat2 pun lebih2 lagi ngan mama. Sejak lahir lagi doktor sahkan aish sebagai (CP) Cerebral Palsy with Microcephaly. Sedih dan sayu rasa hati ni bila tengok aish, tapi aku kuatkan semangat untuk menempuh apa sahaja selepas ini.

Pertengahan tahun 2008 (aish terpaksa tinggal kat kpg)

aish nak masuk 2thn time ni, baru hantar kpg (memang sedih sgt2 t'paksa jauh dgn anak)

 Sebelum ni kakak aku yg jaga aish, tp bila kakak dah pregnant anak ke2 aku n hubby terpaksa hantar aish kat kampung coz aku n hubby berkerja, aish kat sini takde sapa nak jaga. Aku tak berani dan tak sampai hati nak bagi orang lain jaga aish. Pilihan terakhir....aku terpaksalah berjauhan degan aish. Walaupun tak lah jauh sangat Puchong dengan Sabak Bernam, tapi sebenarnya keadaan ini amat menyiksa jiwaku sape tak sedih woo duk jauh ngan anak. Tak pernah rasanya dalam sehari aku tak memikirkan aish, setiap masa ingatanku sentiasa pada aish. Boleh dikatakan hampir setiap minggu kami balik kpg utk lepaskan rindu kat aish. Buat masa ni memang aku n hubby dua2 kene bekerja. Tunggu mama jadi BOS ye anak, insyaAllah one day. So....demi aish aku dgn hubby kene usaha improve ekonomi. First step aku mula belajar menjahit, mungkin boleh menambah income lepas ni. Aku start blajar menjahit pada thn 2008 tapi terpaksa stop atas sebab2 tertentu. Awal thn 2011 baru aku dpt blajar menjahit semula dan sampailah sekarang (tapi tempat lain). Dalam masa belajar menjahit, macam2 pengalaman yang aku lalui, sampailah kes aku dan geng2 jahit lain kene tipu dengan 'cikgu' yg ajar menjahit (entry lepas kene tipu). Setahun aku korbankan masa dan hampir RM5000,00 juga aku korbankan untuk ilmu da kemahiran tapi at the end sijil yang kononnya SKM tahap 1,2, 3, 4 tipu jer. Bab sijil tu takpelah lagi, tapi formula dan pola yang diajar banyak yang salah dan fesyen plak out dated. Kebanyakan baju yang kami buat tak boleh nak pakai so macam mana aku nak buat baju orang. Dahlah tu boleh pula nak suruh aku sambung diploma kat situ, memang taklah kan. Kadangkala aku rasa hilang semangat nak menjahit sebab kecewa, yelah aku dah korbankan masa dan duit aku tetapi ada yang sanggup ambil kesempatan. Paling aku sedih, sepanjang aku join klas jait jarang dapat balik kampung tengok aish, sebulan sekali atau 2 kali jer.

 
 time ni kesian sgt tgk aish nangis.....@ gedangsa

     Sebenarnya sampai sekarang aku rasa bersalah dan menyesal coz membiarkan masa berlalu tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk aish...Selepas aish tingal kat kampung, macam-macam yang berlaku sampai terpaksa stop bawa aish buat treatment dgn kak Row, fisio pun just buat kat kampung. (Maafkan mama sayang sebab tak berikan yang terbaik untuk aish) Rasa-rasanya tahun 2009 - 2011 adalah tahun yang amat menyedihkan dalam hidupku. Alhamdulillah tahun 2012 keadaan menjadi lebih baik dan aku harap masih belum terlambat untuk kami berusaha mendapatkan rawatan yang terbaik untuk aish. Bila memikirkan aish, aku jadi bersemangat semula dan aku kene yakin yg suatu hari nanti masa itu akan tiba....semoga Allah permudahkanlah urusan rezeki dan kehidupan kami....  
 
Oh anak!....senyummu pengubat duka mama







Anak....mama sentiasa menghitung hari. Tak sabar nak tengok anak tiap2 hari ada depan mata. Peluk cium gomol2 anak tiap2 hari.....
Sabar ya anak.......
dan Sabarlah wahai hati.....(ayat nak pujuk hati)
Ya Allah......Kau permudahkanlah urusan kehidupan kami.....aminnn.....















No comments: