Kek Buah Tanpa Telor (bakar)

Assalamualaikum...



Akhirnyaa.....terhasil juga kek buah yang dah sekian lama nak dibuat tapi tak buat buat juga..buat kek ni pun dah 3 hari lepas tapi baru sekarang nak menghapdet hehee...alhamdulillah yang bestnya walaupun first time buat kek buah ni tapi tetap menjadi, sedap super duper (penggemar kek buahla katakan)..yummy...semua orang puji uolls...tapi sebenarnya kek yang sedap ni pun sebab resepi yang sedap juga kan, mana lagi datangnya resepi kalau tak dari DapurKu Sayang terima kasih TQVM yer Sis DayangJack, lepas ni kompem kujadikan resepi rujukan setiap kali buat kek buah..Resepinya boleh semak kat bawah okeh..


Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren

Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup (aku guna susu pekat je)
  • Badam cincang (opt)
Cara-cara :
* Satukan semua bahan B kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati lepas tu tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman
* Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
* Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
* Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
* Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
* Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
* Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

No comments: