Fesyen Baju Raya 2012

Assalamualaikum..

Sekejap jer masa berlalu kan...diam tak diam bulan ramadhan dah semakin dekat, lepas tu raya pula akan menjelang tiba (ceh..tetibe je feel cam nk raye...hihi). Para2 tukang jait pun mesti tengah bz siapkan tempahan raya & mostly dah pun ditutup untuk tempahan. Sooo......u olls camane pula?dah prepare?dah pikir fesyen apa nak pakai raye tahun ni? U olls yg nak baju raya yg gojes2 untuk tahun ni boleh la tengok hasil ilham Innai Red yg diperagakan oleh Nora Danish....If berkenan boleh pi beli kat Innai Red okeh...

Hope dapat memberi inspirasi untuk fesyen baju raya u olss n me 2...memang sangat2 cantik n gojes..tp bisakah aku memakai fesyen cam ni?oohh no....look like i have 2 struggle 2 burn my fat....jom u olls kita ber AcaiBerry n jom cuci mata tgk baju2 ni...

 
Cantik kan body nora danish ni.... sangat jeles i






Kembali : @rehab hospital serdang

Assalamualaikum....

Alhamdulillah.....hajat nak bawa aish buat fisioterapi semula kat hospital serdang akhirnya tercapai. Dari tahun lepas lagi nak bawa balik sini sebab fisio kat kampung serba serbinya agak terhad. Walaupun buat masa ni cuma boleh bawa sebulan sekali je tapi at same time kat kampung buat juga fisio. Sekarang ni aku berhajat sangat nak bawa Aish treatment dengan Dr. Sham then lepas tu dengan Kak Raw pula (hurmm...last gi gedangsa Jan2009). InsyaAllah sedikit masa lagi ye sayang.....Ya Allah Kau permudahkanlah urusan kami.....


New Stuff from US : RM380 untuk sebelah sahaja
InsyaAllah bulan depan nak beli kene order dulu...sabarr...(hehe actually dah tak sabar ni)


Buku Jahitan

Assalamualaikum,

Hari ni aku saja nak share some of my sewing books yg boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi sesiapa yg minat menjahit. Bagi yg dah ada basic menjahit memang lagi senang nak faham panduan yg diberikan dalam buku ni..

Ada banyak fesyen blaus dalam buku ni
 


Buku ni senang nak faham..memang from A to Z




Kanser Payudara dan Langkah-langkah Pencegahan

Salam.....Info ni sangat berguna untuk dikongsikan bersama dan harap dapat memberi manfaat. Info ni aku copy from this link http://www.sheilawahid.com

Apakah yang perlu saya tahu mengenai kanser payudara?
  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita). Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Done

Assalamualaikum....
Alhamdulillah..baju kurung riau my sis siap sudah akhirnya...hajat di hati konon2 nak buh manik tapi tak berkesempatan nampaknyer.......so ni jerlah yang mampu aku hasilkan. here we go......to kenduri kawen....


Tapi...actually my sis tak nak pi pon kenduri kawen tu....katanya nak rehat jer kt rmh....tak per la...yang penting puas hati dapat siapkan baju dia...okehla takat ni dulu yer.....daaa........

::sewingbyme::

Syukur

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah..my sis dah selamat menjalani pembedahan untuk membuang kanser payudaranya atau (mastektomi). Sekarang ni my sis dah stabil n nampak macam ok..tapi hanya tuhan saja yang tahu apa yang dia hadapi sekarang..sebabnya..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..buat masa ni my sis masih lagi kt hospital dan dah dua malam juga aku tidor kat sepital temankan my sis...maybe dalam sehari dua lagi bolehlah keluar hospital.
Dalam masa seminggu ni memang tak merempitlah aku (dont get me wrong okeh) merempit adalah istilah rock bagi tukang jahit hehehee...Hari ahad ni my sis sepatutnya jadi pembantu kat majlis kahwin anak kawan dia tapi tak taulah boleh pegi ke tak memandangkan dia baru lepas opret....Dah tu baju kenduri my sis yang kawan dia bagi tu (pakaian yg ala2 seragam kononnya) aku yg jahit, baju dah siap tapi kain tak siap2 lagi...InsyaAllah malam ni nak siapkan. Aku pun dah rindu nak menjahit ni........Dah nanti aku uploadkan....
Oh yer... malam ni aku dah tak perlu tidor sepital dah ngehngeh...my sis dah suruh pulang balik pass penjaga..dia kompiden sangat dia boleh balik ari ni (jumaat 1.6.12) hope soooooo.........sampai sini jer buat kali ni daa......

Setiap manusia mempunyai nasib yang berbeza

Assalamualaikum....

Ya Allah....inikah nasib yang Engkau tentukan untuk hambaMu...Minggu lepas dapat tahu my sis disahkan menghidap kanser payudara tahap 4...sukar aku nak gambarkan perasaanku sedih ada, takut ada tapi my sis hanya tenang sahaja menerima ketentuan untuknya...my sis akan menjalani pembedahan pada 30hb Mei 2012 unuk membuang kanser dan payudara bahagian kiri bagi mengelakkan kanser berjangkit ke bahagian lain. Apa yang aku dan family boleh bantu sekarang ialah bagi full support kat my sis..Bila dah macam ni barulah nak ambil tau semua benda mengenai kanser banyak juga info yang aku jumpa dan dapat aku kongsikan dengan my sis. Doa dan harapanku semoga my sis kuat menghadapi semua ini dan berpeluang untuk sembuh.amin.

OMG...PENIPU BESAR RUPANYA

Salam.....sekian lama aku tak update blog ni...huhh sangat malas plus kesibukan yang sengaja disibuk-sibukkan huhu..setelah satu tahun lebih aku duk belajar menjahit di sebuah "AKADEMI" rupa-rupanya.....Cikguku itu adalah PENIPU BESAR....kami dijanikan sijil SKM tahap 4 setelah tamat kursus..tapi setelah beberapa perkara yang sangat meragukan berlaku, aku dan beberapa rakan2 lain telah bertindak menjadi penyiasat tak bertauliah untuk membongkar misteri di sebalik penipuan yang selama ini telah dilakukan oleh "cikgu" kami tersebut. Setelah siasatan, kami dapati memang Sijil SKM tahap 4 tu hanyalah satu penipuan....Actually memang agak panjang citernye....tapi memandangkan kes ni telah kami serahkan kepada pihak yang berkuasa...so sekarang tengah tunggu perkembangan terbaru...nanti aku update lagi citer seterusnya....nampaknya mood aku nak menaip sampai takat ni dulu okeh daaa....salam.....

rudy syah: 13 Alasan Tipikal Wanita yang Enggan Menutup Aurat...

Assalamualaikum..sebagai manusia kita seharusnya sentiasa memperbaiki diri kita dan perlu ruangkan masa untuk muhasabah diri kita..betul tak? Bukan nak kata aku ni baik sangat...aku sendiri pun kadangkala alpa dan masih cuba berusaha untuk meperbaiki diri..lebih2 lagi dalam bab menutup aurat ni...sama2la kita berusaha untuk buat yg terbaik okeh,,Pernah tak korang nasihat atau tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok kat sini  Rudysyah Dot Blospot Dot Com apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat.

kebaya klasik atikah

Salam..alhamdulillah finaly berjaya juga siapkan kebaya ni lebih awal. Ini kebaya ke 4 dan antara kebaya yang aku dah buat i.e. kebaya moden, kebaya klasik dan kebaya kota bharu. For the time being ni aku nak buat collection dulu. wish me luck okeh....




:: s e w i n g b y m e ::