Chocolate Moist Kukus

Assalamualaikum....
N3 kali ni ku nak habaq pasai hobi baru ku.MEMBAKING.. huaa......semenjak jadi suri rumah ni teringinlah pula nak blajaq buat kek, buat puding buat tart dan segala bagai jenis kuih muihlah....sebelum ni adalah juga buat sikit tapi tak selalu bila ada time ja dan kek pula selalu nak makan beli ja tak pernah buat pun...kek kesukaan ku adalah kek coklat lembap mmuahaha....sangat suka gila kek ni dan disebabkan itulah juga aku teringin nak blajaq buat sendiri memandangkan sekarang dah sepenuh masa duk kat rumah ja so why not aku try test buat sendiri kan...manalah tau menjadi dan alhamdulillah walaupun tak sempurna tapi bolehlah dimakan dan encik suamiku dan si intan payungku sangatlah suka makan kek hasil pertama air tanganku.....dahlah tu kek ni terbelah pula tengahnya tapi ku tetap gak sebok nak toping hahaa macam ntah hape hape jer tapi serius rasanya sodap.....resepinya kugodek dari myresepi.com dan mengikut resepinya lepas da masak biarkan semalam kek akan lebih moist dan memang betul memang moist....hohhyeah...ni yang buat aku lagi eksaited nak buat lagi dan lagi ni.....

bahan bahan yang diperlukan

inilah hasilnya

bukan main suka lg si intan payung makan kek ni

Kek Coklat Moist Kukus

bahan bahan

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan minyak (ku guna minyak jagung)
1 cawan susu coklat dutch lady
1/2  cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum + (1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
3 biji telur ayam...bukan telur itik ye

caranya pula

1. ayak tepung gandum, soda bikarboat dan serbuk penaik
2. masukkan ke dalam periuk ini bahan : serbuk koko, gula perang, minyak dan susu pekat kemudian panaskan dgn api yg perlahan jer sehingga gula larut...pastu tutup api ye!
3. pukul 3 biji telur hingga sebati dan masukkan ke dalam bahan no 2 di atas pas tu sebatikan
4. dah tu masukkan bahan di no 1 tadi sebatikan. Bila semua dah sebati masukkan bahan ke dalam loyang yg digris dgn marjerin dan kukus selama 1 jam atau hingga masak okeh..

Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Kali ini nak citer pasal makanan kegemaran si intan payung ku yang seorang ni. Aish suka sangat makan makanan yang jenis2 mee macam mee goreng, bihun goreng dan paling budak ni suka ialah spaghetti.....biasanya aku masak jenis mee ni untuk sarapan si intan payung nilah...aku sampai naik muak asyik makan mee, bihun spagehetti..
     Tapi kalau weekend tak boleh nak buat sarapan mee sangat coz incik suami ku pula pagi lagi dah nak makan nasi..biasanya nasi lemak. Hari ni tak goreng mee atau bihun tapi aku masak spaghetti aglio olio...alolo berbelit lidah nk nyebut aishh.....Macam biasalah kalau sarapan jenis mee ni memang laju jelah dak manje ni makan...asalkan bahagia makanlah nak....




Rasanya semua orang pun tau nak masak spaghetti aglio ni kan tapi ku nak share juga kat sini kot lah lain sikit or ada yg tengah cari resepi meh semak resepi no....

Spaghetti Aglio Olio Intan Payung
Simple ja tau..

Bahan bahan

spaghetti (kuguna san remo 1/2 paket je nti x abis)
seafood (ikutlah nk buh udang n sotong pun bleh)
isi ayam (if nak letak)
sedikit minyak zaiton
sedikit serbuk lada hitam
kiub ayam
sedikit garam
bawang putih (dihiris)

Cara Masak

1. Didihkan air dalam periuk masukkan spagethi dan buh minyak zaitun sikit supaya tak melekat pastu toskan
2. Tumiskan bawang putih, campakkan udang dan sotong, masukkan kiub ayam, bak masuk pula spagethi pastu letaklah garam sikit dan taburkan serbuk lada hitam dah siap.
Bolehlah dihidang dan kalau nak hias bg cantik letak hirisan cili kering ke , daun sup ke ikut suka hati okeh.......

Berterapi Di Persisiran Pantai

Assalamualaikum...setelah sekian lama hajat nak bawa si intan payung ke Rehab Mobility Seremban barulah kesampaian ari ni..alhamdulillah. Selesai sesi amik ukuran untuk custom seat si intan payung dan memandangkan masih awal lagi, takkan dah datang jauh ni nak balik terus kot...apa lagi kami pun bawalah si intan payung gi pusing seremban dan sampailah kami ke Pantai Teluk Kemang...sempatla tanam si intan payung kat dalam pasir untuk terapi. Sempatlah juga encik suami, si intan payung dan si adam mandi manda..me? tak mandi maybe next time kot okeyy....alhamdulillah ku hepi tengok si intan payung hepi.....








Assalamualaikum.....

syukur alhamdulillah....akhirnya apa yang kuimpikan selama ni telah pun menjadi kenyataan. Sebenarnya since lepas raya ari tu dengan rasminya dan dengan tetibanya aku berhenti keje. muktamad..noktah. Maka dengan itu sekarang ku dapat bersama anakku setiap masa, dapat menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada anak syurga anugerah tidak ternilai dari Allah kepadaku....misi seterusnya.....menambahkan income sambil berterapi....ku akan berusaha semampu yang boleh untuk memberikan yang terbaik untuk intan payungku yang seorang ini...my only one..mycinta..here we goooo...yeayyy.....


mod: gumbira :

OT dan Physio

Assalamualaikum.....

hari ni bawa intan payungku buat terapi lagi...terapi dan terus terapi....jom



terapi 'air splint' 



latihan merangkak tapi budak ni sebok cari ayah dan mama dia 



terapi bola 

Terapi Lagi

Assalamualaikum....

Hari ni Aish gi terapi dengan ayah je, ku tak dapat gi coz hari ni ku kene tolong my sis jaga budak coz dia pula kene buat chemo kat HKL, kebetulan pula hari yang sama...tapi takpe yang penting usaha tanpa henti dan tak putus asa untuk intan payungku ini..go..go..go...Aish boleh.



play terapi 



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah ni kali kedua bawa aish ke Great Life. Hari ni Cik Miza just buat massage jer coz
nak lembutkan banyak bahagian yang fit cam kat kaki n tangan. Bila dah tak fit sangat barulah senang sikit nak buat kerja..untuk tape pula, kali ni mama pilih kaler oren....baru nampak ceria hehe...









Kedai Nasi Ayam

Assalamualaikum.....

Masih dalam mod raya hehee...tapi ku dan encik suami bawa si intan payung gi jenjalan dan bawa Intan payungku pi kedai nasi ayam coz budak ni suka sangat makan nasi ayam, orang lain time ni mesti still sibuk beraya kan..hehe...tapi kami pi bawa si intan payung makan nasi ayam yang dia suka.....layannlah nak....









mini dress ica

Assalamualaikum.....
Dalam pada ku sibuk menyiapkan tempahan sempatlah menyelitkan buat mini jubah polkadot untuk my niece ica....alah yang jadi model tudung ari tu...hehe....comel tak ?bukan main suka lagi budak ni, siap nak pakai terus....






taraaaa....dah siap 




Air Splint Aish

Alhamdulillah....akhirnya dapat juga belikan anak air splint ni walaupun hanya sebelah sahaja. Order splint ni 24 Julai lg time buat kasut kt ot hospital serdang. Dr suggestkan aish pakai alat ni supaya dapat bantu untuk kuatkan otot kaki dan supaya kaki dia tak bengkok.
Air splint ni harganya rm380 untuk sebelah kaki dan harga mengikut panjang kaki. Aish punya ni panjangnya 69cm maklumlah budak dah besar hehee...


Aish yg sentiasa ceria ...