Terapi Lagi

Assalamualaikum....

Hari ni Aish gi terapi dengan ayah je, ku tak dapat gi coz hari ni ku kene tolong my sis jaga budak coz dia pula kene buat chemo kat HKL, kebetulan pula hari yang sama...tapi takpe yang penting usaha tanpa henti dan tak putus asa untuk intan payungku ini..go..go..go...Aish boleh.



play terapi 



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah ni kali kedua bawa aish ke Great Life. Hari ni Cik Miza just buat massage jer coz
nak lembutkan banyak bahagian yang fit cam kat kaki n tangan. Bila dah tak fit sangat barulah senang sikit nak buat kerja..untuk tape pula, kali ni mama pilih kaler oren....baru nampak ceria hehe...









Kedai Nasi Ayam

Assalamualaikum.....

Masih dalam mod raya hehee...tapi ku dan encik suami bawa si intan payung gi jenjalan dan bawa Intan payungku pi kedai nasi ayam coz budak ni suka sangat makan nasi ayam, orang lain time ni mesti still sibuk beraya kan..hehe...tapi kami pi bawa si intan payung makan nasi ayam yang dia suka.....layannlah nak....









mini dress ica

Assalamualaikum.....
Dalam pada ku sibuk menyiapkan tempahan sempatlah menyelitkan buat mini jubah polkadot untuk my niece ica....alah yang jadi model tudung ari tu...hehe....comel tak ?bukan main suka lagi budak ni, siap nak pakai terus....






taraaaa....dah siap 




Air Splint Aish

Alhamdulillah....akhirnya dapat juga belikan anak air splint ni walaupun hanya sebelah sahaja. Order splint ni 24 Julai lg time buat kasut kt ot hospital serdang. Dr suggestkan aish pakai alat ni supaya dapat bantu untuk kuatkan otot kaki dan supaya kaki dia tak bengkok.
Air splint ni harganya rm380 untuk sebelah kaki dan harga mengikut panjang kaki. Aish punya ni panjangnya 69cm maklumlah budak dah besar hehee...


Aish yg sentiasa ceria ...


@Rehab Hospital Serdang


Assalamualaikum.......
Alhamdulillah....hari ni temujanji aish kat Hospital Serdang ada 3, pukul 8.30 kat physio, pukul 9.30 kat rehab peadiatrik dan last kat ot sambung buat kasut yang sebelah kanan pula sebab hari tu just sempat buat untuk kaki sebelah kiri.
je. Doktor kat physio banyak tekankanbahagian belakang dan kaki kanan aish sebabnya kalau dibiarkan akan jadi lebih teruk lagi. Ya Allah.....aku memang dah lama dah risau tentang belakang dan juga kakai kanan aish ni sebab tu aku dan Mr. Hubby usahakan juga agar dapat transfer tempat physio kat Serdang.
Selain tu aku berharap sangat dapat bawa aish buat physio kat Great Life dan banyak tempat lagi sebenarnya yang aku sendiri baru je dapat tau. Rasa menyesal tuhan saja yan tahu...tapi tu semua dah tak guna. Apa yang penting sekarang sebelum lebih terlambat aku dan mr huby akan usahakan sedaya upaya untuk bawa aish ke tempat yang ada dalam direktori Supermum & Superdad.....bersyukur sangat dapat jumpa dan join SuperMum & SuperDad walaupun agak terlambat sebab kat sini ada banyak sangat info yang amat berguna kepada parents yang mempunyai anak syurga sepertiku.
Ya Allah Kau bukakanlah pintu rezeki kami seluas-luasnya dan Kau permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anak kami....ameenn.....

Untuk seimbangkan semula belakang aish

Air Splint untuk kuatkan otot kaki (doktor suggest beli utk aish)



Next appointment 14 Sept, 2012 @ physio & Ot
29 Okt, 2012 @ Peads


Salam Ramadhan


Assalamualaikum.....Selamat menunaikan ibadah puasa kuucapkan kepada seluruh umat Islam. Syukur alhamdulillah kerana kita semua masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan 1433 Hijrah ini. Kumengharapkan ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat kutempuhi dengan sempurna dan semoga kita semua diberikan kesihatan serta kekuatan diri untuk memperbanyakkan amalan di bulan yang penuh rahmat ini.




Salam Ramadhan

wordless wednesday

Assalamualaikum.....

Tiada kata yang dapat daku ucapkan apabila melihat little angelku ini....
i luv u with all my heart...



Mr Hubby Birthday


Assalamualaikum....

Hari ni 17 Julai, 2012 adalah hari lahir my hubby, kami jarang nak celebrate bepdey ni, bukan tak appreciate tapi mr hubby yang tak nak katanya dah tua...tak sessuaii....Tapi my sis yang duk kat Damansara tu datang rumah semalam siap beli kes kek lagi, maklumlah adik ipar kesayanganlah katakan (my sis yang sorang ni memang orang yang paling suka dan paling ingat bepdey kitorang dari dulu lagi) yang best partnye kek tu share dengan my niece n her mom (my sis) coz bepdey diorang pun on July juga hehehee......mr hubbyku on 17 July, ica my sweet niece on 18 July and my sis(yg buat mastec haritu alkisahnya kat sini) on 6 July so sekali harunglah semua......huhuuu


Happy Birthday to my beloved hubby, to my sis and my niece wish uols 
are always in a healthy, enjoy a long life and happier in this world and hereafter
Aminn.........Tq Allah

DIY Blanket For Aish

Salam...kali ni nak share my little touch d.i.y blanket utk my angle aish, blue colour. Simple n easy jer nak buatnya, dah lama beli tapi baru dapat siapkan last week. Nasib baik sempat siap sebelum hantar aish balik kampung hihi..puashati rasanya walaupun fabric murah jer...coz i'm sewing with all my heart....

Cuma perlukan Fabric Blanket 60 x 42"
1. Bahagian tepi kiri & kanan just jahit tepi jer
2. Bahagian atas & bawah : lipat dua kali dan jahit mengikut corak pilihan



Kain panas Aish Done...yeayy...............