Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Kali ini nak citer pasal makanan kegemaran si intan payung ku yang seorang ni. Aish suka sangat makan makanan yang jenis2 mee macam mee goreng, bihun goreng dan paling budak ni suka ialah spaghetti.....biasanya aku masak jenis mee ni untuk sarapan si intan payung nilah...aku sampai naik muak asyik makan mee, bihun spagehetti..
     Tapi kalau weekend tak boleh nak buat sarapan mee sangat coz incik suami ku pula pagi lagi dah nak makan nasi..biasanya nasi lemak. Hari ni tak goreng mee atau bihun tapi aku masak spaghetti aglio olio...alolo berbelit lidah nk nyebut aishh.....Macam biasalah kalau sarapan jenis mee ni memang laju jelah dak manje ni makan...asalkan bahagia makanlah nak....




Rasanya semua orang pun tau nak masak spaghetti aglio ni kan tapi ku nak share juga kat sini kot lah lain sikit or ada yg tengah cari resepi meh semak resepi no....

Spaghetti Aglio Olio Intan Payung
Simple ja tau..

Bahan bahan

spaghetti (kuguna san remo 1/2 paket je nti x abis)
seafood (ikutlah nk buh udang n sotong pun bleh)
isi ayam (if nak letak)
sedikit minyak zaiton
sedikit serbuk lada hitam
kiub ayam
sedikit garam
bawang putih (dihiris)

Cara Masak

1. Didihkan air dalam periuk masukkan spagethi dan buh minyak zaitun sikit supaya tak melekat pastu toskan
2. Tumiskan bawang putih, campakkan udang dan sotong, masukkan kiub ayam, bak masuk pula spagethi pastu letaklah garam sikit dan taburkan serbuk lada hitam dah siap.
Bolehlah dihidang dan kalau nak hias bg cantik letak hirisan cili kering ke , daun sup ke ikut suka hati okeh.......

Berterapi Di Persisiran Pantai

Assalamualaikum...setelah sekian lama hajat nak bawa si intan payung ke Rehab Mobility Seremban barulah kesampaian ari ni..alhamdulillah. Selesai sesi amik ukuran untuk custom seat si intan payung dan memandangkan masih awal lagi, takkan dah datang jauh ni nak balik terus kot...apa lagi kami pun bawalah si intan payung gi pusing seremban dan sampailah kami ke Pantai Teluk Kemang...sempatla tanam si intan payung kat dalam pasir untuk terapi. Sempatlah juga encik suami, si intan payung dan si adam mandi manda..me? tak mandi maybe next time kot okeyy....alhamdulillah ku hepi tengok si intan payung hepi.....








Assalamualaikum.....

syukur alhamdulillah....akhirnya apa yang kuimpikan selama ni telah pun menjadi kenyataan. Sebenarnya since lepas raya ari tu dengan rasminya dan dengan tetibanya aku berhenti keje. muktamad..noktah. Maka dengan itu sekarang ku dapat bersama anakku setiap masa, dapat menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada anak syurga anugerah tidak ternilai dari Allah kepadaku....misi seterusnya.....menambahkan income sambil berterapi....ku akan berusaha semampu yang boleh untuk memberikan yang terbaik untuk intan payungku yang seorang ini...my only one..mycinta..here we goooo...yeayyy.....


mod: gumbira :

OT dan Physio

Assalamualaikum.....

hari ni bawa intan payungku buat terapi lagi...terapi dan terus terapi....jom



terapi 'air splint' 



latihan merangkak tapi budak ni sebok cari ayah dan mama dia 



terapi bola 

Terapi Lagi

Assalamualaikum....

Hari ni Aish gi terapi dengan ayah je, ku tak dapat gi coz hari ni ku kene tolong my sis jaga budak coz dia pula kene buat chemo kat HKL, kebetulan pula hari yang sama...tapi takpe yang penting usaha tanpa henti dan tak putus asa untuk intan payungku ini..go..go..go...Aish boleh.



play terapi 



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah ni kali kedua bawa aish ke Great Life. Hari ni Cik Miza just buat massage jer coz
nak lembutkan banyak bahagian yang fit cam kat kaki n tangan. Bila dah tak fit sangat barulah senang sikit nak buat kerja..untuk tape pula, kali ni mama pilih kaler oren....baru nampak ceria hehe...









Kedai Nasi Ayam

Assalamualaikum.....

Masih dalam mod raya hehee...tapi ku dan encik suami bawa si intan payung gi jenjalan dan bawa Intan payungku pi kedai nasi ayam coz budak ni suka sangat makan nasi ayam, orang lain time ni mesti still sibuk beraya kan..hehe...tapi kami pi bawa si intan payung makan nasi ayam yang dia suka.....layannlah nak....









mini dress ica

Assalamualaikum.....
Dalam pada ku sibuk menyiapkan tempahan sempatlah menyelitkan buat mini jubah polkadot untuk my niece ica....alah yang jadi model tudung ari tu...hehe....comel tak ?bukan main suka lagi budak ni, siap nak pakai terus....






taraaaa....dah siap 




Air Splint Aish

Alhamdulillah....akhirnya dapat juga belikan anak air splint ni walaupun hanya sebelah sahaja. Order splint ni 24 Julai lg time buat kasut kt ot hospital serdang. Dr suggestkan aish pakai alat ni supaya dapat bantu untuk kuatkan otot kaki dan supaya kaki dia tak bengkok.
Air splint ni harganya rm380 untuk sebelah kaki dan harga mengikut panjang kaki. Aish punya ni panjangnya 69cm maklumlah budak dah besar hehee...


Aish yg sentiasa ceria ...


@Rehab Hospital Serdang


Assalamualaikum.......
Alhamdulillah....hari ni temujanji aish kat Hospital Serdang ada 3, pukul 8.30 kat physio, pukul 9.30 kat rehab peadiatrik dan last kat ot sambung buat kasut yang sebelah kanan pula sebab hari tu just sempat buat untuk kaki sebelah kiri.
je. Doktor kat physio banyak tekankanbahagian belakang dan kaki kanan aish sebabnya kalau dibiarkan akan jadi lebih teruk lagi. Ya Allah.....aku memang dah lama dah risau tentang belakang dan juga kakai kanan aish ni sebab tu aku dan Mr. Hubby usahakan juga agar dapat transfer tempat physio kat Serdang.
Selain tu aku berharap sangat dapat bawa aish buat physio kat Great Life dan banyak tempat lagi sebenarnya yang aku sendiri baru je dapat tau. Rasa menyesal tuhan saja yan tahu...tapi tu semua dah tak guna. Apa yang penting sekarang sebelum lebih terlambat aku dan mr huby akan usahakan sedaya upaya untuk bawa aish ke tempat yang ada dalam direktori Supermum & Superdad.....bersyukur sangat dapat jumpa dan join SuperMum & SuperDad walaupun agak terlambat sebab kat sini ada banyak sangat info yang amat berguna kepada parents yang mempunyai anak syurga sepertiku.
Ya Allah Kau bukakanlah pintu rezeki kami seluas-luasnya dan Kau permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anak kami....ameenn.....

Untuk seimbangkan semula belakang aish

Air Splint untuk kuatkan otot kaki (doktor suggest beli utk aish)



Next appointment 14 Sept, 2012 @ physio & Ot
29 Okt, 2012 @ Peads