Puding Karamel

Assalamualaikum..

Sabtu lepas buat puding karamel ni sebab teringin nak makan. Aku suka sangat puding ni memang tak pernah bosan makan puding caramel ni sejak dari zaman sekolah dulu, bila ada party kat klas, puding ni la yang aku selalu bawa. Aish pun suka juga makan puding ni, sebab manis budak ni suka la. Sorang jer yg tak berapa nak suka puding ni hehee...incik suami aku tak berapa gemar. Senang je nak buat, bahan bahan pun tak banyak..Resepi aku simpan sini untuk rujukan.



Resepi Puding Karamel
Sumber : Nor @MyChintaQaseh

* 6 biji telur
* 1 tin susu cair
* 1/2 tin susu pekat
* 1/2 cawan air
* 1/2 sudu kecil esen vanilla

Bahan untuk Karamel

1/2 cawan gula
1/4 cawan air

Cara cara

1. Panaskan gula dlm kuali, bila dah perang masukkan air perlahan dan kacau laju2 pastu matikan api.
2. Masukkan gula perang tadi ke dalam loyang dan biar seketika.
3. Kemudian dalam bekas lain pukul telur dgn perlahan jer tak payah kembang2 sgt
4. Masukkan susu cair pukul lg sikit pastu masukkan susu pekat sebatikan.
5. Masukkan air dan esen vanilla sebatikan kemudian masukkan ke dalam loyang yg ada gula perang tadi dan kukus selama 45 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan terbalikkan kemudian bolehla dipotong dan dihidangkan.
Makan sejuk2 sangat sedap okehh...

Spaghetti Bolognese Mudah dan Senang Lenang...



Assalamualaikum...

Favorito si intan payung lagi, spaghetti bolognese sebab budak yg sorang ni akan makan banyak....so layankan jerla nak..lagipun simple dan senang mama nak masak yer..asyik mee goreng, bihun goreng muak juga kan...tapi budak yg sorang ni je yg tak tau muak...



Spaghetti Bolognese mudah dan senang
Resepi : Nor @ mychintaqaseh

Bahan bahan

. 1/2 paket spaghetti
. 1 tin/ botol sos spaghetti prego
. Sedikit minyak zaitun utk tumis bawang putih
. 2 biji bawang putih (dihiris)
. Cendawan butang ( aku guna yg dlm tin ayambrand)
. sedikit serbuk lada hitam
. isi ayam (dikisar, beli kt pasaraya pun ada)
. Sedikit gula

Cara cara

- masak spaghetti ikut arahan (toskan pastu taburkan sedikit serbuk lada hitam)
- tumis bawang putih yg dihiris
- masukkan ayam kisar
- masukkan sos prego
- masukkan cendawan butang
- masukkan sedikit gula
Dah pun siap sos spaghetti....pastu boleh tuang sos kat spaghetti untuk dimakan nyumnyum.

Menuntut Ilmu di Aniz Baking Centre

Assalamualaikum...

Orang kata nak seribu daya betul tak? Hari Ahad semalam 7.4.13 disebabkan dah semakin fall in love nak buat kek, sanggup tu pi amik kelas buat kek nun kat Subang Bestari sana haa....demi untuk meningkatkan kemahiran yang tak berapa nak ada ni huahuahaa....Belajar kat Aniz Baking Centre ni adalah secara hands on, time ni ada 16 orang so dibahagi kepada dua group...antara kek yang sempat kami belajar red velvet RVC, carrot cake, fruit cake dan chocolate moist cake. Banyak sangat tips dan kaedah yang diturunkan oleh Chef Noraini kepada kami. Seronok juga belajar buat kek ni banyak dapat ilmu, pengalaman dan di samping tu dapat tambah kenalan, ada yang dari Rawang, Cheras, Selayang dan yang paling jauh akak sorang tu dari Kuala Langat, huh memang gigih sungguh kakak tu salutelah kat dia..


Fruit Cake (steam)

Carrot Cake





Kek Pandan Layer




Assalamualaikum....

Kali ni try buat kek pandan layer pula dan alhamdulillah menjadi, sedap walaupun idokla sempurna sangat kejadiannya huhuu...maklumlah mak budak yg baru belajar so kene buat yg basic2 dulu kan kan....resepinya kuangkut dari blog Bake With Love tqvm yer cik puan rina rosdi atas perkongsian resepi meh le kita skodeng resepinya yer...

Bahan2 untuk kek 
- 125g tepung superfine
-125g gula kastor 
-5bj telur gred A
-1 camca besar ovalette
-1sudu teh serbuk penaik
-40ml jus pandan (kuamik 2 sudu teh esen pandan + 40ml air)
-1 sudu teh pewarna pandan (rina guna 1 1/2 sudu teh)
-75ml minyak jagung

Cara2 buat kek
1. Alas loyang 8" dgn baking paper, panaskan oven pada suhu 180c
2. Dalam bekas lain masukan semua bahan kecuali minyak jagung, pukul sehingga semua sebati dlm 5 minit, masukkan minyak jagung dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Tuang adunan ke dlm loyang dan bakar selama 45 minit.
4. Setelah siap dibakar keluarkan dan sejukkan di atas redai kek, pastu potong kek kpd 3 lapisan



Bahan-bahan untuk kastad

- 1059g santan (kubuat 2 kotak santan kara pastu tambah air)
-150g gula kastor
-2 sudu teh agar-agar serbuk
-100g tepung Hoen Kwee hijau
-1 sudu teh pewarna apple hijau
-2 sudu teh esen pandan
- secubit garam

Cara-cara buat kastad

1. Satukan semua bahan dan pukul sehingga tiada ketulan tepung
2. Masak atas api perlahan sehingga likat tp jgn terlalu likat (aku masak dgn cara double boiler)
3. Bila dah agak likat mstikan api, biar suam sebelum curah kat atas kek.
4. Tuangkan lapisan pertama dengan kastad lepas tu letakkan potongan kek dan lepas tu ulang lagi dan last sekali ratakan kastad kemudian sejukkan dalam peti.
* kek ni sedap dimakan sejuk-sejuk urmmm memang nyaman.......




Kek Buah Tanpa Telor (bakar)

Assalamualaikum...



Akhirnyaa.....terhasil juga kek buah yang dah sekian lama nak dibuat tapi tak buat buat juga..buat kek ni pun dah 3 hari lepas tapi baru sekarang nak menghapdet hehee...alhamdulillah yang bestnya walaupun first time buat kek buah ni tapi tetap menjadi, sedap super duper (penggemar kek buahla katakan)..yummy...semua orang puji uolls...tapi sebenarnya kek yang sedap ni pun sebab resepi yang sedap juga kan, mana lagi datangnya resepi kalau tak dari DapurKu Sayang terima kasih TQVM yer Sis DayangJack, lepas ni kompem kujadikan resepi rujukan setiap kali buat kek buah..Resepinya boleh semak kat bawah okeh..


Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren

Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup (aku guna susu pekat je)
  • Badam cincang (opt)
Cara-cara :
* Satukan semua bahan B kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati lepas tu tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman
* Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
* Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
* Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
* Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
* Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
* Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

Puding Roti Lagi


Assalamualaikum....

Tak ada apa sangat pun nak dicoret kali ni sebenarnya...sekarang ni alhamdulillah dah mula  buat bisnes sikit dan sambutan pun amat memberangsangkan. Kawan-kawan banyak bagi sokongan..so sekarang ni memang agak bizi membaking coz tiap hari ada tempahan, syukur alhamdulillah.
Malam tadi lepas menyiapkan tempahan sempatla buat puding roti sikit, tengok roti pun dah nak ekspayet so kalau dibuat puding best juga kan...resepi sama dan boleh tengok kat SINI okehh...

Gadget Baru

Assalamualaikum..

Wahh....gadget baru!apa ek?


Hahahaa......ingatkan iphone5 ke ape ker....
Apa pun tqvm to my beloved hubby coz belikan stand mixer ni untukku..luv u muchh much....sejak dah berjinak jinak dgn dunia kek ni macam2 je rasa yang nak dibeli..dulu ku sibuk beli kain, benang zip dan segala bagai keperluan jahitan, tapi nampaknya sekarang ni cintaku telah pun beralih arah...cintaku telah berpaling tadah kepada bidang baking membaking huhuu...maafkan ku wahai mesin jahitku kerana sudah lama tidak meluangkan masa untukmu...
Mungkin bidang baking membaking ni lebih dekat dan lebih kucintai coz memang sejak dulu lagi ku memang suka sangat masak, sejak dulu lagi selalu tolong mak buat macam2 kuih dan biskut...cuma sekarang ni cinta terhadap pembuatan kek semakin membuak buak...ecehcewah....dan inn Sha Allah ku berangan untuk menceburi perniagaan bermula dari bawah dulu...bukan angan2 mat jenin tau...doakan aku okeh...
Ku berharap agar pilihan yang kupilih kali ini akan membawa kejayaan dalam hidupku dan keluargaku terutamanya mychintaqaseh intan payungku anak istimewaku...

I City lagi lagi

Assalamualaikum...

Malam tadi kisahnye bawa my sis yang datang bercuti dari Kunak pi jalan2 kat I City. Pandai kan kakak ku yang sorang ni, malam yang dia anak beranak sampai sini tu adalah malam bermulanya tragedi tembak menembak kat Lahad Dato tu, mungkin ada hikmahnye juga diorang datang sini. ku pun tak tau nak bawa pi mana malam2 ni, i city la kot yang best dan cantik untuk amik gambo...huhuu....tapi aku takde pun beriya nak snap gambo, kakak n anak dia si Rayna jerlah....tapi dah lama tak pi icity banyak gak yang bertambah yer...dah ada banyak kiosk jual2 benda macam2...dah ada roda dunia huhuu kat kpg akuler panggil roda dunia...dan ada banyak lagilah.. Tapi sayang gak coz ku tak amik pun gambo semua tu...takpe next time pi ku amik gambo yer....bleh gak tepek kat sini yer...ada pun sempat amik gambo syok sendiri haha....ini semua poyos....layannn....


@Warung William

Assalamualaikum....

     Finaly...sampai juga ke Warung William ni. Ramai yang dah pernah makan kat tempat ni sebab ramai yang cakap makan kat sini best. Aku pula teringin nak makan kat sini lepas baca novel Baju Pengantin Mak Andam by Areila Sahimi hahaa....kuat betul pengaruh incik suami ku kata...
     Kitaorang (me, incik suami, aish, adam, my SIL & bakal beras) pegi warung william ni semalam aku yang ajak makan kat sini tapi bakal beras aku yang belanja (bakal okeh) bagus bakal biras aku ni hee btw tqvm okeh aku doakan korang bahagia okeh...Tapi tak sempat nak snap semua menu sebab dah tak sabo nak makan ish ish ish....ni jelah pic yang sempat ku snap....layannn


Myfavorito Nasi Goreng Ketam


Wintermelon


Soda Mint

Chocolate Crazy Moist

Assalamualaikum dan salam sejahtera...syukur alhamdulillah berkat dorongan incik suami dan juga sahabat, aku dah mula buat bisnes kecik2, aku start buat bisnes homemade cake. Sebagai permulaan aku just ambil tempahan untuk buat chocolate moist cake dulu...in sha Allah lepas ni tempahan untuk kek, cup cake dan tart juga akan dibuka dalam masa terdekat..harap2 akan mendapat sambutan yg menggalakkan. So sesiapa yang suka makan kek coklat moist tapi malas or takde masa nak buat, bolehlah sms atau hubungi Nor di no 0172406587 atau bleh wassap 01121284483 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan okeh...Chocolate Moist Cake yang ini memang crazy moist tau rugi tak cuba dijamin puas hati...pelbagai lagi saiz dan harga akan diupload kemudian. Oh  yer..untuk   bisnes kek aku yang tak seberapa ni boleh singgah ke blog baru aku yer SweetManisCakes