Chocolate Crazy Moist

Assalamualaikum dan salam sejahtera...syukur alhamdulillah berkat dorongan incik suami dan juga sahabat, aku dah mula buat bisnes kecik2, aku start buat bisnes homemade cake. Sebagai permulaan aku just ambil tempahan untuk buat chocolate moist cake dulu...in sha Allah lepas ni tempahan untuk kek, cup cake dan tart juga akan dibuka dalam masa terdekat..harap2 akan mendapat sambutan yg menggalakkan. So sesiapa yang suka makan kek coklat moist tapi malas or takde masa nak buat, bolehlah sms atau hubungi Nor di no 0172406587 atau bleh wassap 01121284483 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan okeh...Chocolate Moist Cake yang ini memang crazy moist tau rugi tak cuba dijamin puas hati...pelbagai lagi saiz dan harga akan diupload kemudian. Oh  yer..untuk   bisnes kek aku yang tak seberapa ni boleh singgah ke blog baru aku yer SweetManisCakes 




Chocolate Moist Superb Moist

Assalamualaikum....

Sekali lagi nak berkongsi resepi kek coklat moist yang menjadi kegemaranku sejak dulu kini dan selamanya...choc moist ni ada banyak sangat resepi dan juga cara membuatnya kadang jadi kadang tak menjadi. Apa yang penting jangan putus asa dan kena rajin mencuba..so kali ini ku nak kongsi resepi choc moist yang memang cukup moist dan sangat sedap, resepi kuambil dari blog lugieamir  Tapi aku memandai mandai mengubah sedikit resepi ni ikut citarasa hati dan perasaanku...hehee....sory yer tuan punya resepi. Namun demikian, hasilnya ya ampun....memang moist, lembut dan sangat sedap..tak percaya cubalah buat sendiri tak pun boleh tempah dgn aku..huhuu...resepi yg ini juga tak payah nak tunggu semalaman utk lebih moist sebab kek ni masak je memang dah moist sangat.....




Resepi

Bahan A
# 1 cawan gula pasir (3/4 cwn pun dah ok)
# 1 cawan serbuk koko
# 1 cawan susu cair
# 1 cawan susu pekat manis
# 1 cawan minyak
# 1 sudu kecil coklat emulco (resepi asal 1 sudu kecil serbuk nescafe)
# 1/2 cawan milo (kupandai pandai jer tambah)
* masukkan semua bahan ni dlm periuk or kuali dan panaskan atas api yg kecik je, gaul sampai semua bahan sebati pastu tutup api dan biarkan sekejap.

Bahan B
* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
# Ayak semua bahan ni

Bahan C
# 4 biji telur ayam * pukul sehingga kembang dan sebati

Cara cara bikin
1. Masukkan Bahan B dan Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dan gaulkan sehingga sebati just guna senduk jer tau..
2. Setelah semua bahan sebati masukkan bahan ke dalam loyang yg dah digris dgn marjerin dan lapik dgn kertas minyak okeh....
3. Kukus selama 1 jam or sehingga masak
( Jangan buka penutuppengukus selama 45 minit nanti kang jadi choc moist mendap pula kuikuikui...)


Bahan Toping
- 2 sudu marjerin
- 1 sudu serbuk koko
- 2 sudu susu pekat manis
* cairkan marjerin atas api perlahan, masukkan serbuk koko dan masukkan pula susu pekat manis kacau hingga sebati pastu bolehla curahkan dgn penuh perasaan kt atas kek yg dah masak tadi....yummy......

Boleh jg ikut resepi asal punya toping coklat yg simply sodap yer..terpulang pd anda
- 250gram coklat masakan - potong kecik2
- 1 sudu besar butter
- 130 ml Double Cream or Whipping Cream
- 1 sudu makan susu pekat (tak letak pun xpe utk manis jer)
*Cairkan coklat secara Double Boiler. Alih dari api dan masukkan butter, susu dan cream pastu kacau sebati...bolehlah tuang atas kek tadi...selamat mencuba...

Puding Roti

Assalamualaikum...

Wah....resepi lagi? petang semalam buat puding roti pula setelah choc moist menjadi. Alhamdulillah puding roti sempatlah juga kuhidangkan untuk kawanku si mek naurah yang datang rumah semalam. Encik husband pun suka sangat dan aish pun suka juga manislah katakan budak ni memang sukalah...senang sangat nak buatnya dan sangat simple okeh..kalau ada roti yang tak habis makan dan expire date dah dekat baiklah dibuat puding roti dapat gak mengelakkan pembaziran kankan...resepi aku copy kat bawah untuk rujukan di masa hadapan.






Puding Roti MyChintaQaseh
 
Bahan bahannya
 
5 keping roti
1tin susu cair
3 biji telur
4 sudu gula
1sk esen vanilla
butter (untuk sapu kat roti)

Cara membuatnya pula
 
1. ptg 4 roti dan sapukan butter pastu susun dalam loyang
2. Dalam bekas lain masukkan telur, gula dan esen vanila dan kacau sebati pastu masukkan pula susu cair dan sebatikan..kemudian masukkan bancuhan ni ke dalam loyang yang disusun dgn roti tadi dan tekan sikit roti tu. pastu taburkan kismis ikut suka hati banyak mana pun nak tabur...
Bolehlah dikukus selama 20 ke 25 minit......dah siap bolehlah sejukkan..
Makan sejuk sejuk sedap....layann jer.....

Chocolate Moist Kukus

Assalamualaikum....
N3 kali ni ku nak habaq pasai hobi baru ku.MEMBAKING.. huaa......semenjak jadi suri rumah ni teringinlah pula nak blajaq buat kek, buat puding buat tart dan segala bagai jenis kuih muihlah....sebelum ni adalah juga buat sikit tapi tak selalu bila ada time ja dan kek pula selalu nak makan beli ja tak pernah buat pun...kek kesukaan ku adalah kek coklat lembap mmuahaha....sangat suka gila kek ni dan disebabkan itulah juga aku teringin nak blajaq buat sendiri memandangkan sekarang dah sepenuh masa duk kat rumah ja so why not aku try test buat sendiri kan...manalah tau menjadi dan alhamdulillah walaupun tak sempurna tapi bolehlah dimakan dan encik suamiku dan si intan payungku sangatlah suka makan kek hasil pertama air tanganku.....dahlah tu kek ni terbelah pula tengahnya tapi ku tetap gak sebok nak toping hahaa macam ntah hape hape jer tapi serius rasanya sodap.....resepinya kugodek dari myresepi.com dan mengikut resepinya lepas da masak biarkan semalam kek akan lebih moist dan memang betul memang moist....hohhyeah...ni yang buat aku lagi eksaited nak buat lagi dan lagi ni.....

bahan bahan yang diperlukan

inilah hasilnya

bukan main suka lg si intan payung makan kek ni

Kek Coklat Moist Kukus

bahan bahan

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan minyak (ku guna minyak jagung)
1 cawan susu coklat dutch lady
1/2  cawan susu pekat
1 1/2 cawan tepung gandum + (1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
3 biji telur ayam...bukan telur itik ye

caranya pula

1. ayak tepung gandum, soda bikarboat dan serbuk penaik
2. masukkan ke dalam periuk ini bahan : serbuk koko, gula perang, minyak dan susu pekat kemudian panaskan dgn api yg perlahan jer sehingga gula larut...pastu tutup api ye!
3. pukul 3 biji telur hingga sebati dan masukkan ke dalam bahan no 2 di atas pas tu sebatikan
4. dah tu masukkan bahan di no 1 tadi sebatikan. Bila semua dah sebati masukkan bahan ke dalam loyang yg digris dgn marjerin dan kukus selama 1 jam atau hingga masak okeh..

Spaghetti Aglio Olio

Assalamualaikum...

Kali ini nak citer pasal makanan kegemaran si intan payung ku yang seorang ni. Aish suka sangat makan makanan yang jenis2 mee macam mee goreng, bihun goreng dan paling budak ni suka ialah spaghetti.....biasanya aku masak jenis mee ni untuk sarapan si intan payung nilah...aku sampai naik muak asyik makan mee, bihun spagehetti..
     Tapi kalau weekend tak boleh nak buat sarapan mee sangat coz incik suami ku pula pagi lagi dah nak makan nasi..biasanya nasi lemak. Hari ni tak goreng mee atau bihun tapi aku masak spaghetti aglio olio...alolo berbelit lidah nk nyebut aishh.....Macam biasalah kalau sarapan jenis mee ni memang laju jelah dak manje ni makan...asalkan bahagia makanlah nak....




Rasanya semua orang pun tau nak masak spaghetti aglio ni kan tapi ku nak share juga kat sini kot lah lain sikit or ada yg tengah cari resepi meh semak resepi no....

Spaghetti Aglio Olio Intan Payung
Simple ja tau..

Bahan bahan

spaghetti (kuguna san remo 1/2 paket je nti x abis)
seafood (ikutlah nk buh udang n sotong pun bleh)
isi ayam (if nak letak)
sedikit minyak zaiton
sedikit serbuk lada hitam
kiub ayam
sedikit garam
bawang putih (dihiris)

Cara Masak

1. Didihkan air dalam periuk masukkan spagethi dan buh minyak zaitun sikit supaya tak melekat pastu toskan
2. Tumiskan bawang putih, campakkan udang dan sotong, masukkan kiub ayam, bak masuk pula spagethi pastu letaklah garam sikit dan taburkan serbuk lada hitam dah siap.
Bolehlah dihidang dan kalau nak hias bg cantik letak hirisan cili kering ke , daun sup ke ikut suka hati okeh.......

Berterapi Di Persisiran Pantai

Assalamualaikum...setelah sekian lama hajat nak bawa si intan payung ke Rehab Mobility Seremban barulah kesampaian ari ni..alhamdulillah. Selesai sesi amik ukuran untuk custom seat si intan payung dan memandangkan masih awal lagi, takkan dah datang jauh ni nak balik terus kot...apa lagi kami pun bawalah si intan payung gi pusing seremban dan sampailah kami ke Pantai Teluk Kemang...sempatla tanam si intan payung kat dalam pasir untuk terapi. Sempatlah juga encik suami, si intan payung dan si adam mandi manda..me? tak mandi maybe next time kot okeyy....alhamdulillah ku hepi tengok si intan payung hepi.....








Assalamualaikum.....

syukur alhamdulillah....akhirnya apa yang kuimpikan selama ni telah pun menjadi kenyataan. Sebenarnya since lepas raya ari tu dengan rasminya dan dengan tetibanya aku berhenti keje. muktamad..noktah. Maka dengan itu sekarang ku dapat bersama anakku setiap masa, dapat menjaga dan memberi sepenuh perhatian kepada anak syurga anugerah tidak ternilai dari Allah kepadaku....misi seterusnya.....menambahkan income sambil berterapi....ku akan berusaha semampu yang boleh untuk memberikan yang terbaik untuk intan payungku yang seorang ini...my only one..mycinta..here we goooo...yeayyy.....


mod: gumbira :

OT dan Physio

Assalamualaikum.....

hari ni bawa intan payungku buat terapi lagi...terapi dan terus terapi....jom



terapi 'air splint' 



latihan merangkak tapi budak ni sebok cari ayah dan mama dia 



terapi bola 

Terapi Lagi

Assalamualaikum....

Hari ni Aish gi terapi dengan ayah je, ku tak dapat gi coz hari ni ku kene tolong my sis jaga budak coz dia pula kene buat chemo kat HKL, kebetulan pula hari yang sama...tapi takpe yang penting usaha tanpa henti dan tak putus asa untuk intan payungku ini..go..go..go...Aish boleh.



play terapi 



Assalamualaikum.....
Alhamdulillah ni kali kedua bawa aish ke Great Life. Hari ni Cik Miza just buat massage jer coz
nak lembutkan banyak bahagian yang fit cam kat kaki n tangan. Bila dah tak fit sangat barulah senang sikit nak buat kerja..untuk tape pula, kali ni mama pilih kaler oren....baru nampak ceria hehe...